5/8/08

Gambar bersama Datuk Azlan Zainol our Chairman

  1. Bersama Dato' Azlan Zainol and Michael J.Barret
    Logo baru

Kerja atau Glamour?



Its me beb...Hari nih 8 May 2008 dlm Berita Harian terpampang muka aku dan kawan-kawan...Aku mewakili RHB Islamic so kena lah pakai selendang ...semua kerana kerja bukan kerana glamour...but its fun even aku tahu amat memenatkan....Layannnnnn.....

Dulu dan Sekarang

Dahulu ku pakai O2 Mini
Now...jeng..jeng...Pakai Sony Ericsson w200i.....baru jer beli...ermm lepas nih aper lak aku nak tukar.... ;-)

5/5/08

Antara pilihan dan terpaksa....


Thn lepas jer ramai sedara dan sepupu sepapat yg kahwin and kawan-kawan aku kahwin bersepah sepah sampai aku tak larat nak attend wedding ceremony...kadang2 tu aku attend sedara aku kahwin kadang2 tak attend pun sebab ermmm...malas la....huhuhu
sebab di sebalik riuh rendah dan majlis kenduri sudah tentu ler aku menjadi tembakan pertanyaan yg membedil bertalu-talu tanpa henti...kesian kat aku.

Begitulah ujian yg perlu aku hadapi setiap kali saudara mara berkumpul "Kau bila nak kahwin elis?' "Bakal suami bila nak tunjuk elis?' "Bila la auntie nak rasa nasi minyak ko lis?' itulah pertanyaan PEDAS...dan TERLAMPAU...yg buatkan aku 'kejung' jap...
Mahu je aku ckp kat auntie tu"Eee cibuk betul org tua ni'..chehhh(nasib la dlm hati je)
' Makcik, mcm mana sy nak kahwin kalo bf pun tak der?!!! atau 'carikan lah utk sy ek...'

Aku juga sudah malas mencari cinta..biarlah ia datang sendiri nya, kadang-kadang benci dgn komitmen.
Aku sudah jelak utk menghiasi hati dgn cinta.Meluat utk melayan karenah, rajuk dan perasaan org lain.Penat aku menjaga hati org dan betapa seksanya utk menjaga hubungan dan melebihkan 'dia' dari kawan2 dan keluarga....

Aku lebih tenang dan sendirian kini.Tidak perlu lagi hendak memberitahu ke mana hendak pergi atau melaporkan aktiviti seharian. Sekarang aku menjadi insan individualistik.Kepentingan diri di utamakan dulu berbanding terpaksa menjaga hati org lain biarpun hati sendiri terluka.

Apatah lagi thn lepas org terakhir yg pernah aku sayang dulu bertunang hanya setelah lapan bulan berpisah...Hati aku menjadi beku dan hampir tidak punya perasaan.... Sakit tidak...marah tidak....benci pun tidak...(sigh!!!)
Aku menjadi trauma utk mengejar komitmen lagi...terlalu takut...
Aku mengerti utk berkahwin itu merupakan fitrah manusia, kalau tidak berkahwin bagaimana hendak memperoleh zuriat utk melanjutkan keturunan,

Andainya aku mengikut kata hati ini sudah lama aku bersama seseorang, tp setiap org ada hak utk menentukan kehidupan sendiri, kadang2 desakan kawan2, keluarga sindiran dari makcik dan pakcik yg tidak memahami cukup membuatkan kita terseksa jiwa dan raga...fahami lah insan2 di luar sana. bukan ku tidak mahu ber'komitmen' atau berkasih sayang..

Sebelum aku meyayangi seseorang itu berilah masa dan biarlah aku sayang kan diri ku ini sebelum aku menyerah kan hati ini kepada org lain...Aku tidak akan tewas dan mengalah dgn kehendak keluarga..kehendak saudara mara...kehendak kawan2..Namun sekirannya aku ingin kembali ke dunia' komitmen' atau dunia 'fantasi cinta ' itu biarlah atas pilihan aku sendiri bukan tunduk kpd terpaksa atau segala 'desakan' yg merimaskan dan memeningkan kepala....