3/1/13

Killer Soalan " kau dengan family perempuan tu dah kenal ke"


Tetiba datang idea untuk keluarkan entri cinta.macamana nak tahu lelaki tu serius atau tidak dalam percintaan?
Paling aku suka tanya satu soalan je,”kau dengan family perempuan tu dah kenal ke? Agak killer soalan tapi itu yang aku suka tanya.Pada pendapat aku( walaupun aku perempuan) lelaki mula serius dalam perhubungan bila dia berani bertemu dengan keluarga wanita itu sendiri.
Umur dalam lingkungan aku ni dah tak main nak cinta-cinta monyet..bergayut sampai berjam2, sms berderet2 berdating sakan sampai balik tgh malam...owhhhh dah tak main la... for me my age dah fikir pasal komitment....yes berkahwin.
Bagi aku if u all bercinta ataupun tak korang akan tahu sendiri la...bila lelaki mula memikirkan nak serius dengan seseorang semestinya dia sudah berani berhadapan dengan keluarga si gadis sebab dalam apa jua keadaan diakhirnya nanti siapa watak penting dalam perhubungan korang adalah ayah dia sebagai wali. Namun untuk lelaki nak berkenalan dengan keluarga perempuan tersebut bukan perkara mudah.

Perkenalan si lelaki dengan keluarga si perempuan akan menimbulkan satu perasaan yang mana dia takkan mengkhianati perhubungan itu. Pandangan aku, bila dah saling bertemu keluarga dan kenal-mengenali sanggup ke lelaki tu nak curang dengan pasangannya? Kalau masih tidak setia ia sangat memalukan sebab kau dah kenal sampai ke tahap mak ayah dia tapi masih nak cari perempuan lain, itu sangat tak gentleman dan sangat tak bermaruah. sbb lelaki itu bwk nama keluarga dia jugak. Kalau dia dah berjumpa pihak keluarga perempuan itu tp masih teragak2 dan terpinga2 nak membuat keputusan samada dia mahu wanita itu atau pun tidak, jatuhlah maruah lelaki tu dan nama baik keluarga lelaki itu jugak. serius aku sebagai wanita memang akan berkata begitu sebab dia memalukan diri sendiri ( lelaki). walaubagaimana pun tak semua lelaki sebegitu selalunya 90% kebanyakanya pasangan akan berkahwin bila tahap dah berjumpa famili.
Bagi aku lah lelaki yg berani berhadapan dengan keluarga pihak perempuan itu adalah sangat matang, berani dan sungguh gentleman.

 Memang nampak berbeza sikap lelaki yang dah biasa jumpa family wanita tersebut berbanding yang masih di awang-awangan. Dari apa yang aku perhatikan kebiasaannya lelaki yang dah kenal dengan keluarga pasangannnya lebih serius mencorakkan hubungan mereka. Oh, mungkin istilah lebih serius mencorakkan hubungan itu melibatkan kedua-dua belah pihak lebih elok.
Apapun, seperti yang dinyatakan bukan mudah nak buat keputusan kenal dengan keluarga kalau hubungan itu masih awal. Ia perlu dilalui dengan pelbagai langkah untuk menstabilkan keadaan dan memahami satu sama lain. Bagi yang lelaki bila sudah serius bertemu dengan keluarga si dia, tanpa kepura-puraan dan sikap hipokrit itu dah kira mantap. Kenapa tanpa sikap berpura-pura sebabnya setelah berkahwin nanti bukan korang hanya berkahwin dengan pasangan tetapi mengenali juga seluruh ahli keluarga mereka.

Ini  pandangan peribadi aku dalam mengukur sejauh mana lelaki itu serius dalam perhubungan yang dijalinkan. Mengenali keluarga itu akan menunjukkan sikap hormat-menghormati dalam perhubungan. Sokongan keluarga adalah amat penting untuk menjadikan hubungan itu lebih baik
Biarlah keluarga tahu siapa yg kita berkawan. tak perlu berahsia. kerana restu kedua ibu bapa amat penting.oh yer bertawakal, berusaha dan berdoa pada Allah. Dia hanya tahu jodoh terbaik untuk kita.Insyallah.

Kepada yang sedang melaluinya semoga berterusan ke alam perkahwinan dan aku berdoa semoga kalian bahagia dan kepada kenalan-kenalan aku kalau korang nak kahwin sila jemput aku.Insyallah aku akan datang dan ambik berkat supaya tahun ini jugak aku akan berkahwin...hehe ;)

2/27/13

Oppss i Did it again!!!!!!!!

owhhhh omg...i miss my blog...yup walau keje melambak2...dan kepala otak dah miung im still here...still nak menulis lagi but kekangan masa, byk idea yg datang mencurah2..tp tak ter buat..hehe...

ok this week 3 March 2013, my sis engagement..tahu apa maksud engage? yer bertunang umur 26 thn dah bertunang...aku? bilanya... arghhh stressssss................sggggggtttttttttt
so bz tu tak de la..adik aku la bz nya...aku cuma sponsor door gift for our guest...
2 khemah utk makan 150 org...ewwwwwww mcm nak nikah je.

ishhh...ishhh if aku la..memang private..dan aku tak jemput sampai beratus2 jemputan ni..buang duit je.enough for 50 pax...hehe.( ye la duit sendiri kan)

terus terang aku katakan bila keadaan ini berlaku...arghh hati ku terusik. dan tiba2 terasa nak kahwin esok.....!!!!!!!!!! im serius ni....anyone? hahahahaha