12/19/12

Jupe and Zed Zaidi

alkisahnya Zed Zaidi and Jupe ( Pelakon Indon).ok nih aku nak kongsi sikit. Zed Zaidi Presiden Seniman, aku tahu niat dia betul tp caranya salah nak menegur org2 filem ni, bg aku lah Jupe tu bukan sape2..dia hanya sekadar pelakon biasa2 dan Pelakon tahap GRO, kalo dia mengutuk filem atau drama kita...bg aku diam adalah lebih baik.sebab org sebegini kita tak yah layan. sbb kalo layan dia lagi suka kontroversi. kalo yg mengkritik tu Christine Hakim dari Indonesia atau Natalie Portman frm Hollywood atau Shah Rukh Khan frm Bollywood, kita patut lakukan sesuatu dan menerima kekurangan drama/filem kita. tp kalo si Jupe ni yg byk cakap tp tak pernah menang award dan belakon filem tahap Porna..ko tak yah layan lagi bagussss....Abg kita ni si Zed pun satu hal..ko tak yah la bertwitter atau berfb nak main tembak2 dgn si Jupe, mcm org tak professional. ko tu dah la Presiden Seniman. aku tahu niat dia betul sbb marah sgt dgn status si Jupe tu tp bg aku kalo nak kenakan org...biarlah kena kan org cara halus dan telus. ( bukan jumpa bomoh tau) i means cara pro and matang.jadi org mcm si Jupe ni tak berani nak kacau kita. so sekarang Jupe tgh bontot panas sbb Abg Zed kita mengesahkan bahawa kemasukan pelakon Indonesia, Julia Perez ke negara ini untuk menjalani penggambaran adalah tanpa permit sah. Menurut Zed Zaidi, perkara itu sudah dirujuk kepada bahagian pelesenan Sijil Perakuan Penggambaran (SPP), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas). Beliau menjelaskan bahawa di bawah syarat Padu Citra, Julia wajib menjadi ahli bagi salah satu daripada tiga persatuan yang diiktiraf oleh Finas. Isnin lalu, Julia atau Jupe yang sedang menjalani penggambaran filem arahan Murali Abdullah, Sumpahan Malam Pertama di Pulau Pinang mengeluarkan kenyataan di akaun Twitter yang menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia. “Nunggu giliran take... sambil nonton sinetron Malaysia... oh my GOD... Indonesia kita jauuh majuuu... kita mahuu sekaliii... bangga jadi orang Indonesia (tunggu giliran penggambaran... sambil menonton drama Malaysia. Oh tuhan... Indonesia kita jauh maju... kita maju sekali. Bangga jadi orang Indonesia),” katanya. Kenyataan itu mendapat respons daripada Zed Zaidi yang menyedari tentang kenyataan pelakon Indonesia itu tiga hari kemudiannya. “Gampang Julia Prez hina industri seni Malaysia! Kenyataan Zed Zaidi itu mendapat maklum balas daripada dua pelakon tempatan iaitu Fauziah Nawi dan Noorkhiriah. Fauziah menulis, “memang kita asyik sanjung dia orang sekarang pada muka 'Malaysian'. 'Nothing great about their sinetron'. Tepuk dada tanya selera.” Noorkhiriah pula menulis, “ajak ramai lagi 'shooting' si sini... lepas itu apa jadi... tolonglah ambil tindakan... dah lah bayar mahal. Kita ini melukut tepi gantang nak bayaran tinggi.” Jam 12.18 tengah hari semalam, Jupe mengeluarkan kenyataan balas yang mengait-ngaitkan isu penghinaan ke atas bekas Presiden Indonseia, BJ Habibie. “Gara-gara bilang sinetron malay kurang bagus ane di haram-haram ke Malaysia. OK, semua politikus Malaysia harus keluar dari Indonesia kerana menghina BJ Habibie! Puas pas (Gara-gara kata drama Malaysia kurang bagus, saya diharam-haramkan ke Malaysia. Okey semua ahli politik Malaysia harus keluar dari Indonesia kerana menghina BJ Habibie,” katanya. Pelakon Indonesia yang sinonim dengan jolokan seksi itu sering dipalit kontroversi baik di Indonesia mahupun di Malaysia.

Welcome 2013

I dont intend to provoke & hurt anyone's feelings, if readers find this blog offensive or annoying, i would appreciate it if you could leave this blog without any comments.Pls respect me and others readers. tqvm