12/27/12

Penyanyi Alyah bengang...pulok!


 Rizman Ruzaini dan juga Hatta Dolmat.Kedua mereka yang pernah mereka baju untuk artis-artis terkenal seperti, Datuk Siti Nurhaliza, Erra Fazira dan ramai lagi telah meluahkan rasa tidak puas hati apabila Alyah dikatakan tidak menghargai penat lelah dan hasil kerja mereka. Ia berpunca apabila baju yang direka oleh Rizman Ruzaini dan Hatta Dolmat tidak dipakai oleh Alyah ketika Anugerah Planet Muzik 2012 (APM 2012) walaupun mereka berdua sudah pun menyiapkannya.

Maruah saya sudah dipijak-pijak. Mereka telah mengaibkan saya dengan kata-kata yang kurang manis. Buat apa saya perlu memohon maaf tentang perkara itu kerana ia telah dibayar dengan kata-kata hinaan yang diberikan mereka. Belum sempat saya nak terangkan sebab-sebab saya tidak memakai pakaian rekaan tersebut, mereka telah menghentam saya di Twitter. Saya rasa dihina.”
Alyah walau bagaimana pun menjelaskan sebab utama dia tidak dapat memakai baju tersebut adalah kerana beberapa masalah kecil seperti zip dan juga dibahagian lain.
“Saya bukannya seorang yang suka melarikan diri daripada masalah. Ada sebab-sebabnya kenapa saya tidak memakai pakaian mereka dan saya enggan memperbesarkan perkara ini. Tambah pula Hatta dan Rizman Rizman telah banyak membantu menaja pakaian saya selama ini, jadi saya tak mahulah nak memburukkan keadaan.
“Jika mereka mengatakan saya tamak kerana ingin menggunakan khidmat ramai pereka fesyen hanya untuk sebuah acara cahaja. siapa yang pernah bekerja dengan saya, mereka akan tahu, setiap majlis anugerah, saya akan bertukar tiga pakaian.”

Sabar je la ye alyah, bekerja dgn Bapok ni susah sikit tp hati mereka baik sebenarnya cuma cara itu salah. diorang jenis cari gadoh nyaahh oii,,,diorang jugak kuat tersentap! 
Tp memang tak patut pun masuk twitter/fb org lepas tu meroyan tak tentu pasal. ( aku nih tak suka org meroyan tak tentu pasal) org sepatutnya membuat hubungan yg baik dgn sesama sendiri.aku tak paham dgn designer zaman sekarang, kadang2 diorang melampau,kononnya setakat sponsor bj Siti Nurhaliza je dah berlagak diva..erkk pleaseeee!

Alya pun satu minta both HDC and RR sponsor sape suh!!!!!.  lepas tu ko  juga request for sponsorship from others designers, selain HDC and RR. Kenapa perlu minta sponsor banyak-banyak when you only want to wear 1 pcs for the event??????? sampai skang aku tak phm!

aku meluat dgn gologan2 species kecoh...dan meyampah dgn golongan yg meroyan kat twitter dan fb! 



HAPPY BIRTHDAY

Izman@ Labu 4 Nov

People will wish you Happy Birthday with lots of gifts, wishing and pleasantries. But I will wish you Happy Birthday in my own special way by saying a prayer and throwing it up in the clouds so it reaches straight to the Allah. Moga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan diredhai allah. Many happy returns of the day.Thanks for making my life so interesting and so much fun. Life is boring when you are not around ;)..ngeeeee Happy Birthday dear ;)

 Maimun 16/12 and Egie 29/12

 There are two types of friends. The ones who befriend you on Facebook and the one who befriend in you in real life. Thank you for always standing by my side and supporting me. But even more than that, thank you for trusting and believing in me, even when I couldn't. I love you my friend and Happy birthday!

12/19/12

Jupe and Zed Zaidi

alkisahnya Zed Zaidi and Jupe ( Pelakon Indon).ok nih aku nak kongsi sikit. Zed Zaidi Presiden Seniman, aku tahu niat dia betul tp caranya salah nak menegur org2 filem ni, bg aku lah Jupe tu bukan sape2..dia hanya sekadar pelakon biasa2 dan Pelakon tahap GRO, kalo dia mengutuk filem atau drama kita...bg aku diam adalah lebih baik.sebab org sebegini kita tak yah layan. sbb kalo layan dia lagi suka kontroversi. kalo yg mengkritik tu Christine Hakim dari Indonesia atau Natalie Portman frm Hollywood atau Shah Rukh Khan frm Bollywood, kita patut lakukan sesuatu dan menerima kekurangan drama/filem kita. tp kalo si Jupe ni yg byk cakap tp tak pernah menang award dan belakon filem tahap Porna..ko tak yah layan lagi bagussss....Abg kita ni si Zed pun satu hal..ko tak yah la bertwitter atau berfb nak main tembak2 dgn si Jupe, mcm org tak professional. ko tu dah la Presiden Seniman. aku tahu niat dia betul sbb marah sgt dgn status si Jupe tu tp bg aku kalo nak kenakan org...biarlah kena kan org cara halus dan telus. ( bukan jumpa bomoh tau) i means cara pro and matang.jadi org mcm si Jupe ni tak berani nak kacau kita. so sekarang Jupe tgh bontot panas sbb Abg Zed kita mengesahkan bahawa kemasukan pelakon Indonesia, Julia Perez ke negara ini untuk menjalani penggambaran adalah tanpa permit sah. Menurut Zed Zaidi, perkara itu sudah dirujuk kepada bahagian pelesenan Sijil Perakuan Penggambaran (SPP), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas). Beliau menjelaskan bahawa di bawah syarat Padu Citra, Julia wajib menjadi ahli bagi salah satu daripada tiga persatuan yang diiktiraf oleh Finas. Isnin lalu, Julia atau Jupe yang sedang menjalani penggambaran filem arahan Murali Abdullah, Sumpahan Malam Pertama di Pulau Pinang mengeluarkan kenyataan di akaun Twitter yang menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia. “Nunggu giliran take... sambil nonton sinetron Malaysia... oh my GOD... Indonesia kita jauuh majuuu... kita mahuu sekaliii... bangga jadi orang Indonesia (tunggu giliran penggambaran... sambil menonton drama Malaysia. Oh tuhan... Indonesia kita jauh maju... kita maju sekali. Bangga jadi orang Indonesia),” katanya. Kenyataan itu mendapat respons daripada Zed Zaidi yang menyedari tentang kenyataan pelakon Indonesia itu tiga hari kemudiannya. “Gampang Julia Prez hina industri seni Malaysia! Kenyataan Zed Zaidi itu mendapat maklum balas daripada dua pelakon tempatan iaitu Fauziah Nawi dan Noorkhiriah. Fauziah menulis, “memang kita asyik sanjung dia orang sekarang pada muka 'Malaysian'. 'Nothing great about their sinetron'. Tepuk dada tanya selera.” Noorkhiriah pula menulis, “ajak ramai lagi 'shooting' si sini... lepas itu apa jadi... tolonglah ambil tindakan... dah lah bayar mahal. Kita ini melukut tepi gantang nak bayaran tinggi.” Jam 12.18 tengah hari semalam, Jupe mengeluarkan kenyataan balas yang mengait-ngaitkan isu penghinaan ke atas bekas Presiden Indonseia, BJ Habibie. “Gara-gara bilang sinetron malay kurang bagus ane di haram-haram ke Malaysia. OK, semua politikus Malaysia harus keluar dari Indonesia kerana menghina BJ Habibie! Puas pas (Gara-gara kata drama Malaysia kurang bagus, saya diharam-haramkan ke Malaysia. Okey semua ahli politik Malaysia harus keluar dari Indonesia kerana menghina BJ Habibie,” katanya. Pelakon Indonesia yang sinonim dengan jolokan seksi itu sering dipalit kontroversi baik di Indonesia mahupun di Malaysia.

Welcome 2013

I dont intend to provoke & hurt anyone's feelings, if readers find this blog offensive or annoying, i would appreciate it if you could leave this blog without any comments.Pls respect me and others readers. tqvm