1/5/13

Mestikah punya azam setiap tiba tahun baru?

Mestikah punya azam setiap kali tiba tahun baru? Perlukan aku duk kat tepi jendela sambil memandang bintang membuat 'wish' utk apa yg aku mahu capai setiap tahun?Azam thn ini? apa yaaaaa.....hehe
Tahun ini 2013 i just want to be happy..thats all :)Berjaya dlm hidup? masih 60%...tak puas hati lagi...miliki segala2nya? tidak lagi..sesetengahnya mengatakan kalo aku tak kahwin pun tak pe..lagi happy hidup single..huh! alang siti nurhaliza kahwin..Si Nabil raja lawak yg tak handsome tu pun kahwin.Inikan aku yg tidak seglamer mcm diorang.Helooooo..gila ke? Bila aku kata kat semua org yg tiada siapa org yg hendakkan aku.Ramai org tak percaya...adoiiiiii. Bila aku cakap belum ada jodoh.ramai org kata aku memilih ....aiseh,
Adakah korang ingat aku antilelaki dan mengatakan aku lesbian?.....aku lurus mcm pembaris dan masih belum sampai ke tahap itu lagi dan masih waras beriman kan islam, walau kesabaran aku di tarah2 oleh lelaki dan kekecewaan pasti di dalam hati..Dan kata adik beradik aku sebagai Andartu...ya jodoh mesti di cari. Ya emak dan abah...akan aku usahakan pencarian bakal suami ;) setiap tahun baru opismate kata " celebrate mana?" dan aku menjawap 'umah je'. kadang2 org ingat aku zalim pada diri sendiri, tak beri peluang pada hati ini. Sebenarnya jauh di lubuk hati teringin benar ingin meraikan bersama si dia.Perempuan mana yg tidak mahu? aku perempuan normal. Setiap kali ia hadir, tuhan pinjamkan kepada aku sebentar cuma kemudian lenyap semula. Kadang2 aku pikir tuhan tak sayangkan aku kerana terlalu kecewa dgn semua ini. tp bila di tikar sembahyang dan aku berfikir semuala kewarasan itu, aku sedar semula dan pasti hikmah atas semua terjadi. Tuhan nak berikan kepada aku sesuatu yg terbaik. insyallah.
Jadi azam tahun baru..aku malas dah nak pikirkan hanya aku fikir aku mahu happy.walau usia dah mcm buah  ranum masak tetapi aku sebenarnya ingin bercinta sebernar-benarnya dan cinta itu bukan cinta main main.bagi aku bersedialah bercinta bila hati sudah terbuka utk bersama dgn si dia dan jgn sesekali2 ingin bersama dgn seseorang kerana hati sunyi..anda akan pasti kecewa nanti.Persoalannya dgn siapa aku bercinta nanti? Wallahualam....

No comments: