1/5/13

Mestikah punya azam setiap tiba tahun baru?

Mestikah punya azam setiap kali tiba tahun baru? Perlukan aku duk kat tepi jendela sambil memandang bintang membuat 'wish' utk apa yg aku mahu capai setiap tahun?Azam thn ini? apa yaaaaa.....hehe
Tahun ini 2013 i just want to be happy..thats all :)Berjaya dlm hidup? masih 60%...tak puas hati lagi...miliki segala2nya? tidak lagi..sesetengahnya mengatakan kalo aku tak kahwin pun tak pe..lagi happy hidup single..huh! alang siti nurhaliza kahwin..Si Nabil raja lawak yg tak handsome tu pun kahwin.Inikan aku yg tidak seglamer mcm diorang.Helooooo..gila ke? Bila aku kata kat semua org yg tiada siapa org yg hendakkan aku.Ramai org tak percaya...adoiiiiii. Bila aku cakap belum ada jodoh.ramai org kata aku memilih ....aiseh,
Adakah korang ingat aku antilelaki dan mengatakan aku lesbian?.....aku lurus mcm pembaris dan masih belum sampai ke tahap itu lagi dan masih waras beriman kan islam, walau kesabaran aku di tarah2 oleh lelaki dan kekecewaan pasti di dalam hati..Dan kata adik beradik aku sebagai Andartu...ya jodoh mesti di cari. Ya emak dan abah...akan aku usahakan pencarian bakal suami ;) setiap tahun baru opismate kata " celebrate mana?" dan aku menjawap 'umah je'. kadang2 org ingat aku zalim pada diri sendiri, tak beri peluang pada hati ini. Sebenarnya jauh di lubuk hati teringin benar ingin meraikan bersama si dia.Perempuan mana yg tidak mahu? aku perempuan normal. Setiap kali ia hadir, tuhan pinjamkan kepada aku sebentar cuma kemudian lenyap semula. Kadang2 aku pikir tuhan tak sayangkan aku kerana terlalu kecewa dgn semua ini. tp bila di tikar sembahyang dan aku berfikir semuala kewarasan itu, aku sedar semula dan pasti hikmah atas semua terjadi. Tuhan nak berikan kepada aku sesuatu yg terbaik. insyallah.
Jadi azam tahun baru..aku malas dah nak pikirkan hanya aku fikir aku mahu happy.walau usia dah mcm buah  ranum masak tetapi aku sebenarnya ingin bercinta sebernar-benarnya dan cinta itu bukan cinta main main.bagi aku bersedialah bercinta bila hati sudah terbuka utk bersama dgn si dia dan jgn sesekali2 ingin bersama dgn seseorang kerana hati sunyi..anda akan pasti kecewa nanti.Persoalannya dgn siapa aku bercinta nanti? Wallahualam....

1/1/13

sebelum penutup 2012..aku telah lakukan...


Apahal la tajuk atas tu mcm la aku lakukan perkara yg jahat eh? tak la..aku lakukan perkara yg aku tak pernah lakukan, so aku lakukan utk sekali shj dan hanya utk yg istimewa...just want to share with u all,
.aku gelarkan dia .Mr Labu..yup my good frend not future husband yet hehe.. ;)
aku nak buat surprised kat dia..hmm dia ni keje kat Sudan, area Khartoum so korang paham2 je la...setahun 2-3 kali je balik.  and i salute him coz he's so gentleman datang bertandang kat umah aku je...( if my parents ada ye)
ok baru2 ni dia dah balik malaysia on 21 Dec tp dia terus fly ke Penang dulu jumpa parents dia
and we try to jumpa masa yg sesuai so byk kali tukar masa dan tarikh. On 29-30 Dec aku pi Melaka..gathering with my all gf. so he want to meet me on 30 Dec kat umah aku. coz masa tu aku dah sampai kl. actually aku dah plan cuti on 31 Dec tp half day ptg. nak tahu naper? sbb nak buat surprise kat dia on that day....jeng..jeng..jeng so aku plan baik punya....

for me its keje gila tau..sbb aku tak pernah buat...seriusly. aku minta pandangan pada seseorang yg arif psl hal  ni..mana lah tahu kot2 dia tak suka aku buat kejutan..aku gak yg malu yg tertonggek2 nanti. tp ramai penyokong2 setia aku..wahhhhh.

Yes on that day 31st Dec pkl 2 ptg aku sampai kat KL Sentral and bas aku pkl 3 ptg....hwaaaaaaaaaaa...1 jam menunggu mcm org bodo kat kl sentral tu...peh tu panas yg amat sbb ramai sgt org! adehhhh then u all nak tahu aku tawaf satu kl sentral tu kat 5-6 kali.nak kata lapar tak sbb aku dah lunch kat opis awal2.

lepas tu aku start dah meroyan kat sms to my frend Gmah " aku tgu lama kat kl sentral ni...dah la tgu bas lama, dekat 1 jam tau..grrrr" then she reply to me "  Insyallah, penantian berbaloi, mudah mudahan amin"

Lepas tu aku sms along@shah..." Along, i nak ke KLIA ni...takutttt sgt, lemah lutut :( "
Then he replied " you boleh punya..today is the best day for you in 2012 ;) "

Lega...rasa lega yg amat bila dpt sms mcm tu dpt kata2 semangat..

ok aku dah naik bas pkl 3 ptg then selamat sampai pkl 4 ptg kat KLIA.syukur selamat. but yea aku tgu kat KLIA .....penuh kesabaran, tik tok tik tok tik tok tik tok tik tok

then aku lepak la dkt kerusi menunggu dekat dgn emirates counter sbb nak tgu Mr Labu sampai...so aku boleh nampak la kelibat dia.  tiba2 dtg satu grp family ni...duk dekat bersebelahan dgn aku...ramai jugak dlm 10 org mcm tu. tp aku buat hal sendiri la..sebelah aku pakcik yg berusia buat lawak kat cucu dia " if u nak beli askrim and gula2 ask your daddy to buy for you, atok tak de duit..nanti 7 cucu atok kena beli bkn utk awak sorang je"
aku pun pandang pakcik sambil gelak2, lepas tu baru pakcik tu tegur aku " anak pg mana?"  aku balas "x pg mana2 sy tgu kawan saya berlepas ke Sudan." pakcik tu pun balas " Sudan? menantu sy pun pg Sudan jugak, kwn anak tu keje mana?" then aku reply "Petronas. pakcik kawan sy tak tahu yg sy datang ni, sy nak buat surprise kat dia."  pakcik tu pun panggil menantu dia dan pekenalkan kami berdua. nama dia Ezlin. dan mereka berdua tanya nama Mr Labu. then aku bg tahula nama sebenar dia. oooooo ya allah dunia ni sungguh kecil. Ezlin adalah kawan baik pada Mr Labu yes..dia satu Petronas dgn Mr Labu. Ezlin ckp kat aku yg dia dah sms Mr Labu and Mr Labu dlm perjalanan,aku ckp kat Ezlin jgn bagi tahu yg aku ada kat sini sbb aku nak buat surprise kat dia. Pakcik tu sempat berseloroh dgn aku. " nape anak tak buat surprise pegi Sudan?' aku jawab sambil menyengih " sy tak mampu pakcik setakat KLIA ni je la saya mampu pegi dan buat surprise kat dia."  then lepas tu pakcik and Ezlin with family pg check in bag masa tu dah pkl 5.45 pm. Counter tutup dlm pkl 6 ptg.

yes frm 4 pm until 6 pm...aku tgu penuh kesabaran...sungguh! dia dtg lambat...aku nampak kelibat dia berlari2 anak.so aku tak ganggu dia masa tu....dia org terakhir sekali check in. lepas tu dia pg bungkus bag dia yg banyak2 tu. ya allah memang dia kelam kabut. but yea im still waiting.

Lepas tu...bila aku tgk keadaan dah ok sikit aku call dia and tanya mcm2 and putar belit sikit2...hehe then aku ckp kat dia aku ada kat KLIA. hmmm terkejut dia. then he comes out frm check in counter and direct ke departure gate area. kat situ la kita berjumpa.Dari jauh aku dah nampak dia with his parents...hah korang tak tahu masa ni la jantung aku nak tercabut la..senak perut la..sakit perut la...pening kepala la...lutut longlai la..but deep in my heart...aku berdoa byk2 moga permudah kan segala urusan...hanya allah je mengetahui niat aku.

Akhirnya aku dpt berjumpa dgn dia..Yup i can saw his face, surprise and blushing dan Mr Labu kenal kan parents dia kat aku. alhamdulilah parents dia sungguh ramah dan sporting, Mama dia ada tanya soalan sikit2.Lepas tu Mr Labu dah ckp " i need to go" terus hati aku jadi 'melt' aku menjerit dlm hati...'boleh tak jgn pegi?" tp yg terkeluar dari mulut aku tetiba ialah " biarlah i pg Sudan u tak yah pg duk kat KL je"  what the....apa punya soalan la ni...nak je aku ketuk kepala aku masa tu! arghhh. tp dia senyum je. agaknya dia nampak kot aku nerbes hehe opss sebelum dia berjalan ke arah departure gate tu aku bg Kad...;) aku sebenarnya boleh bg card tu masa dia dtg umah aku sebelum ni tp aku shj je buat gitu...u know what aku bg card tu depan parents dia...wooo daring sungguh aku hahaha tp masa dia terima card tu mesti kepala otak dia ingat kad cinta..oh no no...Mr Labu i bukan jiwang karat! 
lepas tu Mr Labu dah check in ke Departure gate tu and dia melambai2 ke arah kami. 
masa dia berjalan sambil menarik beg dia ke Passport Gate..aku boleh nampak dia tertoleh 2-3 kali masa nak masuk ke Passport gate, hinggakan polis kat situ tersengeh2 tgk gelagat kami and yup i felt something,  berkata2 dlm hati.." i will miss you and  till we meet again"  ;(

 Me, his mother and father berdiri seiring kat tepi Departure gate sambil tgk dia berlalu pergi. Lepas tu bapa dia and mama dia berborak dgn aku...apa kami borak? rahsia...;) sebelum aku balik tu aku sempat bg kuih deram frm Melaka. mesti org tua2 suka. Yes his mom and his dad sgt suka.korang tak tahu kuih deram tu apa pi cari kat google. For me its beautiful moment,  tak pernah akan aku lupakan pada saat 31 Dec 2012. The best day for me. Alhamdulilah. Allah permudahkan segala urusan dan aku belajar erti kesabaran.

Alhamdulilah kerana niat yg baik dan doa yg tak putus2 moga di permudahkan segala dan urusan. Selepas sembahyang aku sentiasa minta yg satu ini...jika dia utk ku,.temukan la kami dgn apa cara sekali pun, dan permudahkan segalanya. tetapi jika dia bukan utk ku..jauhkan lah dari pandanganku...allah mendengar doaku dan sudah tunaikan permintaan ku. allahuakbar. sungguh besar sekali hikmahnya.


for me  kalau niat  jujur dan ikhlas insyallah semua akan ok.dan sentiasa berusaha dan bertawakal.kita tak boleh mengharapkan sebelah pihak shj yg berusaha lebih.tetapi kita juga harus lakukan sesuatu utk dia dan hargai dia. percayalah dia sentiasa akan ingatkan perkara itu walaupun sekecil mana kita lakukan utk dia. tetapi harus lakukan dgn  masih beradap dan  menjaga tatasusila dan jgn sesekali melampaui batasan. yang penting niat kena betul.

 yes..go for it gurl....;)

 . .p/s  He'll think im so cute for doing it this * wink*