7/6/13

JIKA ANDA SUKA.....

1) BERDOA DAN BERTAWAKAL
Dalam fatihah yang kita baca sekurangnya 17 kali dalam solat pun, kita sentiasa berikrar “Iyya kana’budu waiyya kanasta’iin”. Hanya ALLAH kita sembah, dan hanya pada ALLAH kita mohon pertolongan. 
Tunaikanlah solat 2 rakaat, tadah tangan kepadaNya, mengadu dan mintalah pada ALLAH. Bukankah Nabi SAW dah ajar kita bahawa, kalau kita mengalami apa-apa kesulitan atau kalau kita ada apa-apa hajat, kerjakanlah solat. Bukankah ALLAH ada berfirman dalam Quran…
Lihat surah al-Baqarah ayat 45 : “Dan pohonlah pertolongan dengan sabar dan solat….”
Dalam sebuah hadith disebutkan bahawa, apabila seseorang itu mengkehendaki sesuatu hajat, samaada hajat duniawi atau hajat ukhrawi, yang berkaitan dengan ALLAH SWT atau dengan manusia, hendaklah dia mengambil wudhuk dengan sempurna, MENDIRIKAN SOLAT 2 rakaat, kemudian memuji ALLAH SWT dan berselawat ke atas Nabi SAW. Selepas itu berdoalah pada ALLAH SWT mohon hajat diperkenankan.
2) AJAK JUMPA DAN PERKENALKAN KAWAN LELAKI DGN MAK AYAH KITA
Tunjukkan bahawa anda serius dalam perhubungan anda dengan dia. Kalau anda belum pernah perkenalkan kawan lelaki  anda pada mak ayah anda, anda harus lakukan sesuatu.
Cuba tengok apa reaksi dia bila anda cadangkan perkara ini dengan dia. Kalau reaksi dia OK dan macam excited jer, maknanya kawan lelaki  anda tu serius dengan anda. Kalau dia cuba berhelah dan bagi macam2 alasan, maknanya dia mungkin masih belum bersedia . Atau mungkin juga dia tidak serius dan nak main2 saja dengan anda.
So, kenalpasti dulu, pada tahap mana kawan lelaki anda tu serius dalam perhubungannya. Kalau dia betul-betul serius, barulah anda boleh pujuk dia. Kalau dia nampak macam nak main2 saja dengan anda, pada saya,tiada gunanya pun anda pujuk dia. Sebab dia hanya akan bagi macam2 alasan dan helah. Nasihat saya, kalau ada lelaki yang macam tu, tinggalkan saja dia. Dan cari lain sajalah. Kumbang bukannya seekor kan?
3) BERTERUS TERANG DAN HINT2

Pada saya, tiada jalan lain yang paling bagus dan berkesan, anda kena berterus terang dengannya. Ajaklah dia berjumpa di mana-mana dan berterus teranglah sajalah dari hati ke hati dengannya. Luahkan semua perasaan dan rancangan anda pada dia dan if anda malu untuk berkata2 apa kata anda hint2 dengan melakukan sesuatu yg surprise or tunjukkan body languange anda. lelaki mesti perasan. Saya yakin, kalau dia betul-betul serius dengan anda, maka dia akan dapat berbincang sesuatu yang positif tentang status perhubungan dan perancangan masa depannya dengan anda. Masa tu, kalau dia kata dia masih belum bersedia, tinggalkan dia...cari yg lain kerana mereka memang tak ingin nak bersama dgn anda....move on bebeh!!!!


P/S girls, ada kawan2 aku dah buat semua perkara di atas, yg lain nya mereka  berserah pada illahi hanya ALLAH tahu apa yg terbaik buat pada mereka dan ada juga yg telah selamat berkahwin & bekerluarga....


No comments: